Sunday 13 September 2009

WASIAT UMAMAH HARIS

Posted by cik nur fatihah at Sunday, September 13, 2009
' Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu 10 perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam berumah tangga. 10 perkara itu ialah:

1. Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan, perhatikan perkara yang menjadi kesenangannya dan janganlah sampai dia melihat sesuatu yang buruk tau tercium sesuatu yang tidak enak.
2. Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.
3. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut padamu.
4. Kamu hendaklah menguruskan rumahtangga dengan baik dan sempurna.
5. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatan suami, dan simpan segala rahsianya dengan baik.
6. Jangan sesekali kamu membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
7. Jagalah waktu makan dan waktu beristirihatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik.
Begitu juga dengan tidur yang tidak mencukupi membuatkannya keletihan.
8. Andainya suamimu iti sedang bergembira, janganlah pula kamu menunjukkan kesedihan.
Kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.
9. Kamu hendaklah sentiasa menghias dirimu selalu supaya suamimu nanti senang menatap wajahmu.
10. Jadikanlah dirimu sebagai pembantu kepadanya, nescaya nanti suamimu akan menjadi penolong pula
pada dirimu.

0 comments:

 

My Words.. My Diaries... Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review