Untukmu Wahai Wanita
Suami Yang Baik, Suami Pilihan.
Pertimbangkan ketika memilih suami...
Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara.
Utamakanlah lelaki yang taat pada agamanya.
Rasulullah menerima pinangan Sayyiidina Ali buat puterinya Fatima kerana ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman.
Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut.
Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia.
Rasa hormatnya pada Orang tua.
Mudah di ajak bicara.
Tidak terlalu berahsia.
Tegas mempertahankan Harga Diri
Pernahkah dia mendatangi tempat-tempat yang menjatuhkan kredibilitasi dan harga dirinya sebagai seorang Muslim?
Amanahkah dia dalam menjaga kehormatan seorang wanita?
Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja dan menyalahgunakan kepercayaan,
bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja. :p
Pemurah
dermawan tetapi tidak boros.
Dia bukanlah seorang yang kedekut tapi cermat dan tahu bagaimana menggunakan wang dan hartanya secara bijaksana.
Dia berbahagi secara tulus dengan orang yang berhak.
Tidak Nakal Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara.
Jika ya jawapannya, dia bukanlah calon yang sesuai, kerana sebaik-baik lelaki adalah yg mampu menjaga pandangannya.
Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
Teman pergaulannya
Teman-teman pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
Bertanggungjawab & setia
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan keluarganya
Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
Setia mengharungi bahtera hidup bersama walau susah ataupun senang.
Pancaran Wajahnya Tenang
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka.
Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Subhanallah... Berbahagialah Seorg Isteri Yg mndapatkan Suami seperti itu ♥
0 comments:
Post a Comment