♥ Andai lelaki tahu ♥
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya
♥ Andai lelaki tahu ♥
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu
♥ Andai lelaki tahu ♥
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu
♥ Andai lelaki tahu ♥
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat
♥ Andai lelaki tahu ♥
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda
♥ Andai lelaki tahu ♥
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan kamu
♥ Andai lelaki tahu ♥
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai
♥ Andai lelaki tahu ♥
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya
♥ Andai lelaki tahu ♥
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya
♥ Andai lelaki tahu ♥
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya
♥ Andai lelaki tahu ♥
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar,
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya
♥ Andai lelaki tahu ♥
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja
♥ Andai lelaki tahu ♥
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya
Biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin membuat lelaki menjadi lemah kerananya
Hargai kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna
♥ ♥ ♥
0 comments:
Post a Comment