Tuesday 2 April 2013

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Posted by cik nur fatihah at Tuesday, April 02, 2013


Sinopsis:

Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi mengisahkan tentang liku-liku hidup seorang lelaki bernama Firdaus (Fahrin Ahmad). Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus (Fahrin). Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali). Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Fareez (Aiman Hakim Ridza) sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Fareez juga sangat cintakan Meera (Elyssa) walaupun Meera mempunyai kisah silam yang negatif.

Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Fareez menyatukan kembali keluarga mereka?Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula?


Yang best bagi drama ini ialah panorama Abu Dhabi yang terbaik!
Terasa ingin terbang ke sana
Hehehe!
Dan
OST drama ni dilantunkan sendiri oleh Fahrin Ahmad!
Unexpected!

Siapa ingin membawa - Fahrin Ahmad


Rating: 4/5


0 comments:

 

My Words.. My Diaries... Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review