Saturday 18 May 2013

Program Mahasiswa Cemerlang (PMC)

Posted by cik nur fatihah at Saturday, May 18, 2013
Program Mahasiswa Cemerlang (PMC)
26-28 April 2013


program khas berbentuk kerohanian yg dibuat untuk pelajar2 yang mengambil subjek Islamic Studies, subjek teras universiti yang wajib diambil sebelum graduate

sejujurnya, hati terasa sangat tidak rela untuk menghabiskan hujung minggu yg berharga
bermalam kat campus, 
terikat dengan peraturan program, 
berkongsi tempat tidur dengan orang yang kita tidak pernah kenal
tapi selepas 3 hari kat sana.
segalanya berubah.

Dang!
diri bagaikan baru dikejutkan dari lena yang panjang
yang membawa diri ini merenung kembali segala-galanya
merenung kembali berapa banyak masa yang telah terbuang kepada perkara yang sia-sia
merenung kembali berapa banyak dosa yang telah dilakukan selama ini
merenung kembali berapa banyak diri ini telah menyumbang untuk orang lain
betapa diri ini hanyut dalam kemanisan dunia yang sementara

sangat bersyukur masih diberi peluang oleh Allah kembali ke landasan yang sebenar
tujuan sebenar dihidupkan di muka bumi ini.
memperbaiki diri kearah yang lebih baik
kembali menjaga hubungan dengan Allah, menjaga hubungan dengan manusia
merawat hati yang dikotori dengan kemanisan dunia yang sementara.
mengejar kemanisan hakiki di akhirat kelak.


dan disitulah ukhuwah yg terjalin bertambah erat. kejap. dan hanya maut dapat memisahkan.

mengenal sahabat yang sebenar-benarnya
Alhamdulillah Ya Allah!



Sepanjang program berlangsung:








dan InsyaAllah, inilah sahabat2 yang akan kekal bersama selamanya





sahabat yang berada di kala susah dan senang
sahabat yang saling membimbing antara yang salah dan yang benar
ya!
hanya maut yang mampu memisahkan kami.









0 comments:

 

My Words.. My Diaries... Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review