Monday 3 June 2013

Pasrah

Posted by cik nur fatihah at Monday, June 03, 2013
Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan yang menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela

Ku tabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku dilautan sepi
Ditinggalkan mereka yang kupercayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Ku serahkan segalanya padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku dihati

Ya Allah, tidakku terdaya lagi 
menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa noktah telah temui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah, engkau lindungilah aku
Bekalkanlah aku dengan limpahan iman
Agar tabahku hadapi dugaan
Agar tidakku terhenti di pertengahan

Kini disini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci


-Pasrah Segalanya-  De Hearty

0 comments:

 

My Words.. My Diaries... Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review